TERINGAT seketika pada tanggal 1 April 2015 dahulu, negara kita dipenuhi dengan resit. Hingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘Hari Resit’ kerana ia merupakan tarikh permulaan pelaksanaan Goods and Services Tax atau GST 6 peratus di
negara ini. Walaupun dari segi hukum ekonomi, sistem cukai berkenaan adalah yang paling efisien dan memberi impak positif, namun dari segi hukum politik dan ‘mood’ rakyat, ternyata ia telah menggulingkan sebuah kerajaan tertua di rantau ini.
Kini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kembali meletakkan negara kepada situasi yang hampir sama dialami kira-kira 5 tahun lalu. Beliau telah mengumumkan cadangan pemerintah (melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk mengenakan caj
perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian dalam talian di bawah RM1,000 dan 40 sen bagi pembelian bernilai lebih RM1,000.
Dikala rakyat sedang mengambil fungsi sebagai ‘frontliners’ untuk mencegah penularan wabak Covid-19, sekarang ini rakyat ditambah lagi dengan beban terhadap cadangan yang boleh menjerut leher kerajaan sendiri.
Seolah-olah kementerian tersebut berada di ruang daerahnya yang asing apabila timbul idea sedemikian. Mana tidaknya, heboh di media cetak, elektronik dan media sosial sekarang ini persediaan rakyat untuk menangguh/melanjutkan atau meninggalkan moratorium bermula 1 Oktober 2020 ini. Dikala hati rakyat masih mahukan Kementerian Kewangan (MOF) melanjutkan moratorium tersebut, tiba-tiba KKMM pula memberi cadangan ingin ‘menebuk poket rakyat’.
Mungkin di atas kertas atau mengikut hukum ekonominya cadangan tersebut bakal menambah manfaat tambahan kepada para pengguna atas talian yang semakin berkembang pesat di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Namun, ‘mood’ dan luka rakyat terhadap siri-siri kesedihan berkaitan Covid-19 masih belum mampu dirawati lagi. Janganlah pihak kerajaan sewenangnya mahu merosakkan lagi ‘mood’ tersebut.
Setiap bulan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau disapa sebagai Tok Abah mencari jalan dan memberi bantuan untuk ‘menarik hati’ rakyat yang sedang berada dalam kesusahan akibat pandemik, tetiba KKMM yang diketuai Datuk Saifuddin Abdullah pula tampil dengan sebuah cadangan yang kurang enak
didengar.
Walaupun begitu, saya akui cadangan KKMM itu tidak lain hanya untuk memberi yang terbaik dan lebih manfaat keatas rakyat atau pengguna sistem atas talian. Namun, mungkin masa tidak ‘membenarkan’ idea-idea sebegitu dikemukakan saat
ini.
Sebagai rakyat pula, wajar sebagai tanggungjawab kita untuk memberi ruang kepada pihak kerajaan untuk memperbetulkan lompong-lompong yang mungkin wujud dikala ini. Jangan kita mempergunakan status kita selaku rakyat, pengundi, pengguna atau apa sahaja istilah untuk menyerang dan ‘membuli’ pihak pemerintah secara semberono tanpa fakta. Jika berfakta dan memang berlandaskan undang-undang, ia tidak mengapa.
Semoga ‘mood’ rakyat tidak kembali terjadi seperti peristiwa GST dahulu. Walaupun GST pada hakikatnya yang terbaik untuk kita amalkan, namun realitinya ia telah menyebabkan ‘mood’ rakyat beralih arah sehingga mampu meruntuhkan sebuah kuasa yang amat kukuh selama ini. Wahai kerajaan pimpinan Tok Abah, mungkin anda boleh fikirkan kembali cadangan KKMM itu.
Sarfarizmal Md Saad
Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA)

















Lu punya karangan haa, susah mahu faham. Awal awal intro ha, lu hantam itu KKMM. Mahu hujung skit aa, u cakap boleh bikin itu caj tp masa talak sesuai. Summary pulak ha, lu suluh rakyat jangan buli gomen dan kasi peluang baiki lompong. Aiya kawan, lu yang meloncat bersilat pasal isu 2 kupang. Karangan kamu sebenarnya mahu cakap apa meh?