TERKINI : PDRM Akan Pertimbangkan Klasifikasi Isu Pencemaran Alam Sekitar – Hamid Bador

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan untuk mengklasifikasikan kes-kes pencemaran alam sekitar khususnya di Sungai Gong, Selangor sebagai jenayah terancang yang boleh disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ketika ini pihaknya sedang mempergiatkan siasatan kes pencemaran serius itu yang menjejaskan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang kes itu daripada pelbagai sudut.