Datuk Mazlan Aliman Amanah Johor
Mazlan Aliman

KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan NGO-NGO Felda (MPNF) menyambut baik saranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Mustapa Mohamed agar Gugusan Sahabat dibangunkan sebagai hab ternakan di negara ini.

Dengan keluasan ladang 105,000 hektar di daerah Lahad Datu dan sokongan kerajaan negeri, memang terdapat anak muda tempatan yang mengusahakan ternakan lembu tapi berskala kecil atas faktor kewangan.

Potensi untuk hab ternakan di Gugusan Sahabat telah disuarakan sejak sekian lama. Bahkan, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, perbincangan strategik antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, yang mana kedua-dua menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Salahudin Ayub mengetuai perbincangan.

Pengerusi MPNF, Datuk Mazlan Aliman berkata, respons kepada kenyataan Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar tanah rizab/poket di Felda ada projek pertanian sebagai pendapatan sampingan.

Bukan itu sahaja, sewaktu proses tanam semula samada sawit mahupun getah, sementara menunggu hasil, tanaman seperti nenas adalah antara pilihan terbaik.

Menurutnya, Tun Daim Zainudin sendiri melawat Felda Sg Tengi di Ulu Selangor sebagai tapak cadangan projek nenas MD2, namun,ianya tidak menjadi kenyataan hingga ke hari ini akibat kerenah birokrasi pengurusan Felda.

Melalui Kertas Putih, sejumlah RM1 bilion atau RM250 juta setahun(selama 4 tahun) diperuntukkan untuk projek ekonomi di Felda.

”Isunya, sejauh mana Program Pembangunan Peneroka (PPP) melalui dana yang begitu besar telah memberi manfaat khususnya kepada Generasi Baharu Felda yang memerlukan,” katanya.

Oleh itu, menjadi harapan kepada MPNF, agar mekanisme pembangunan ekonomi di Felda disusun semula dan pembabitan langsung NGO-NGO Felda. – MalaysiaGazette