MELBOURNE – Harga hadapan minyak susut pada awal dagangan hari ini berikutan wujud kebimbangan terhadap permintaan minyak selepas data stok minyak Amerika Syarikat (AS) naik minggu lalu tersasar daripada jangkaaan.
Malah, lonjakan kes jangkitan Covid-19 turut mendorong kejatuhan harga bahan bakar itu.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh sebanyak AS$0.20 atau 0.5%, kepada AS$ 37.85 setong pada 0056 GMT, setelah naik 3.5% pada hari Rabu.
Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.14 atau 0.3% kepada AS$40.65 setong, setelah meningkat 2.5% pada hari Rabu.
Ketika kes koronavirus melonjak di beberapa negeri AS, stok minyak mentah negara itu pula meningkat 3 juta tong dalam seminggu hingga 4 September, data American Petroleum Institute berbanding unjuran penyusutan 1.4 juta tong. – MalaysiaGazette