ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas anggota peronda polis (MPV) tiba di lokasi pembunuhan berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak memukul seorang lelaki lain.

Pergaduhan membabitkan dua warga asing itu berlaku di sebuah pusat penjagaan orang tua di kawasan Petaling Jaya awal pagi ini.

Ketika MPV tiba di lokasi, suspek masih memegang sebatang tukul besi, disyaki digunakan semasa pergaduhan dengan mangsa, yang juga seorang warga asing.

Polis mendapati mangsa, berusia 29 tahun terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, difahamkan mangsa tinggal dan bekerja di pusat penjagaan tersebut manakala suspek, 30, baharu sahaja sebulan tinggal di pusat ini.

Punca sisatan masih dijalankan dan bedah siasat akan dijalankan esok.

Suspek kini direman tujuh hari dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.