Keadaan Sungai Klang yang dinaiki air akibat hujan lebat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan River of Life, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Ibu kota dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat selama lebih dua jam petang tadi.

Paras air Sungai Klang bersebelahan Bazar di Jalan Melayu berhampiran stesen LRT dinaiki air hingga paras bahaya.

Malah Masjid Jamek yang terletak berhampiran seakan-akan menjadi ‘pulau’ akibat dinaiki air.

Keadaan Sungai Klang yang dinaiki air akibat hujan lebat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan River of Life, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2020

Netizen di media sosial juga memuatnaik banyak gambar banjir termasuk motosikal tenggelam dan kesesakan jalan raya akibat jalan ditenggelami air.

Selain ibu kota, kawasan sekitarnya termasuk taman-taman perumahan juga dinaiki air.

Malah ada antara penghuninya terpaksa berpindah.- MalaysiaGazette