Former Chief Minister of Sabah Tan Si Musa Aman Shafie Apdal appeal
Former Chief Minister of Sabah Tan Si Musa Aman

KUALA LUMPUR – Semalam, Tan Sri Musa Aman menyatakan beliau akan kembali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

“I’m going back to Sungai Manila,” jelas Musa di akaun Facebook peribadinya semalam.

Bagaimanapun nama bekas Ketua Menteri itu sebenarnya tidak dicalonkan oleh parti Barisan Nasional (BN).

Menurut laporan portal berita Awani, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan Musa tiada dalam senarai calon yang akan bertanding dalam PRN Sabah.

“Saya tidak ada perbincangan mengenai itu (pulang ke Sungai Manila).

“Nama beliau juga tiada dalam senarai calon (Barisan Nasional) yang akan diumumkan esok (Khamis),” katanya.

BN dijangka mengumumkan senarai nama calon PRN Sabah kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Kerusi DUN Sungai Manila merupakan salah satu daripada 13 kerusi baharu dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.- MalaysiaGazette