Alexei Navalny foto Agensi

BERLIN – Keadaan ahli politik pembangkang Rusia, Alexei Navalny yang sebelum ini koma selepas diracun dengan agen saraf semakin baik.

Dia kini boleh bercakap, lapor majalah Der Spiegel.

Pengkritik Kremlin itu kini dirawat di Hospital Charite, dekat sini.

Beliau tiba-tiba jatuh sakit semasa dalam penerbangan domestik bulan lalu.

Jerman mendakwa Navalny adalah mangsa cubaan bunuh dan telah menuntut penjelasan dari Rusia.

Moscow mengatakan bahawa tidak ada bukti bahawa Navalny, 44, diracun.

Majalah Der Spiegel memaklumkan perlindungan polis ke atas Navalny telah ditingkatkan dengan jangkaan beliau akan menerima lebih banyak pengunjung apabila keadaannya bertambah baik.

“Der Spiegel dan Bellingcat difahamkan Navalny dapat bercakap semula lagi dan mungkin mengingati perincian mengenai kejadian yang menimpanya.

“Kenyataannya nanti boleh membahayakan individu di sebalik serangan tersebut,” tulis majalah itu.

Tidak ada komen segera dari hospital yang merawat Navalny.

Malah, polis Berlin juga enggan mengulas.

Namun, jurucakap Navalny, Kira Yarmysh, melalui ciapannya menulis “kisah ini dibesar-besarkan dan mengandungi banyak ketidaktepatan fakta” dengan jelas merujuk kepada tulisan Spiegel.

Hubungan Navalny telah mendorong ketegangan antara Rusia dan Barat ke tahap baharu, dengan beberapa kerajaan Barat percaya Navalny diracuni oleh perkhidmatan keselamatan Rusia dengan sokongan peringkat atasan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata, ada “kemungkinan besar” keracunannya diperintahkan oleh pegawai kanan Rusia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast