Linden Cameron

SALT LAKE CITY – Seorang remaja ditembak beberapa kali oleh polis selepas ibunya membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan bagi anaknya yang mempunyai krisis mental.

Linden Cameron, 13, seorang autism, kini dalam keadaan serius di hospital, kata ibunya.

Golda Barton berkata, polis yang datang sepatutnya menggunakan tindakan paling minimum.

Ketua Polis Salt Lake City, Keith Horrocks berkata, insiden itu sedang disiasat.

Bercakap kepada media, Barton berkata, dia menghubungi operator 911 kerana anak lelakinya memerlukan rawatan ke hospital.

Anaknya mengalami krisis kerana ia adalah hari pertama Barton kembali bekerja selepas setahun berhenti dan Linden mengalami kebimbangan yang teruk.

“Saya memaklumkan kepada 911, dia tidak memiliki senjata, tiada apa-apa, dia hanya mengamuk dan mula menjerit.

“Dia seorang kanak-kanak dan dia mahu perhatian,” ujar Barton.

Pada sidang media, Horrocks mengatakan para pegawai dipanggil untuk “masalah psikologi ganas” dan melaporkan bahawa seorang budak lelaki – yang mereka tidak namakan telah membuat “ancaman kepada beberapa orang dengan senjata”.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada petunjuk ketika polis tiba, budak itu bersenjata.

Seorang pegawai polis menembak budak lelaki itu ketika dia cuba melarikan diri, kata Horrocks.

Orang ramai mengumpulkan dana melalui atas talian untuk bil membantu keluarganya dalam bim perubatan Linden yang cedera pada bahu, kedua pergelangan kaki, usus dan pundi kencing.

”Kesan jangka panjang kecederaannya masih belum diketahui tetapi pemulihannya akan mengambil masa dan memerlukan banyak rawatan,” menurut laman sosial yang diwujudkan oleh seorang rakan keluarga mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast