KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan kenderaan sport utiliti, Proton X70 2020 di Brunei baru-baru ini.

Dalam kenyataan di sini, Proton berkata, Brunei adalah pasaran eksport pertama bagi X70 dan model buatan Malaysia yang dipertingkatkan dari kilang Tanjung Malim.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pasaran eksport akan meningkatkan jualan Proton.

Proton X70 2020 yang dilancarkan di Brunei ditawarkan dalam tiga varian berbeza (Standard, Executive dan Premium X) dan juga akan dijual dengan jaminan

Menurut syarikat itu, Proton X70 2020 adalah SUV pilihan dalam kalangan pembeli tempatan sejak ia dilancarkan Februari lalu.

Setakat akhir Ogos lalu, sebanyak 12,732 unit telah terjual, mewakili 25.9% daripada pasaran SUV di negara ini. – MalaysiaGazette