anjing
Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan akibat digigit anjing peliharaan daripada baka pemburu “plott hound” milik bapa saudara mangsa di Bachang Selasa lalu.- Gambar hiasan

MELAKA – Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan akibat digigit anjing peliharaan daripada baka pemburu “plott hound” milik bapa saudara mangsa di Bachang Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Mohd Nor Yhazid Idris berkata, ketika kejadian kira-kira 9 pagi, bayi malang itu dijaga ibu saudaranya berusia 39 tahun manakala ibunya yang masih dalam tempoh berpantang sedang berehat di tingkat atas rumah.

Beliau berkata, ibu saudara bayi itu meletakkan mangsa di atas bantal berdekatan pintu pagar rumah yang ditutup rapat bagi menjemur mangsa yang mengalami masalah kuning.

“Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak sulung itu baharu sahaja diberi susu oleh ibunya sebelum diambil makciknya ke ruang tamu untuk dijemur di bawah sinaran matahari dan dimandikan kira-kira 8.30 pagi.

“Mangsa kemudian dibawa makciknya ke ruang tamu di tingkat bawah berdekatan pintu pagar rumah untuk dijemur sebelum meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaik sahaja ibu saudara mangsa kembali ke tempat bayi tersebut dijemur, dia melihat salah seekor anjing peliharaan suaminya sedang mengigit tangan kanan anak saudaranya yang ketika itu sedang menangis dengan kuat serta tangan berlumuran darah.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan menjerit dengan kuat sebelum ahli keluarga lain datang untuk melihat keadaan yang berlaku dan bergegas membawa bayi malang itu ke sebuah hospital swasta namun diminta merujuk bayi berkenaan ke Hospital Melaka.

“Mangsa terus dibawa ke zon merah untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati anjing tersebut telah dibiarkan tanpa dirantai atau dikurung dan kes disiasat bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

2 Komen

  1. Ada undang2 tapi tak dikuat-kuasakan. Tanya kat majlis mintak salinan undang2 , disuruh mintak dgn bahagian perundangan. kalau ada aduan dtg check dibodoh2kn oleh pemilik.. bila buat aduan dkt majlis mintak bukti , mcm sial je. Kerajaan tempatan ni paling hampehhh…

Comments are closed.