KUALA LUMPUR – Penyanyi, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 1 pagi ini.

Jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd., Veea Norman yang mengesahkan perkara itu berkata, jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengembumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah dan silap.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lalu, Sandra yang merupakan peserta Big Stage 2020 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast