Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas tetap teguh bersama rakan-rakan politik Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, agenda besar Pas adalah untuk membina Sabah, lebih menjadi keutamaan bersama dengan rakan-rakan komponen.

“Pas mengambil keputusan tidak popular demi mencapai matlamat tersebut selari dengan kenyataan Tuan Guru Presiden Pas bagi mengelak berlakunya pertembungan lebih dua penjuru.

“Menjadi perkara yang lebih utama adalah bagi memastikan kepentingan Islam dan perpaduan ummah terpelihara.

“Malah, keutamaan dalam memastikan kerjasama terus utuh berbanding membiarkan peristiwa PRU14 kembali berulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, parti itu memberi laluan kepada parti komponen PN dan MN bagi mengelak pertandingan lebih dua penjuru dalam PRN Sabah pada 26 September ini.

Menurut Abdul Hadi, langkah Pas itu demi memelihara permuafakatan yang terjalin dengan komponen PN dan MN.

Dalam pada itu, Pas konsisten dengan agenda menyelamatkan negara dan ummah agar terus hidup bermasyarakat majmuk serta membangunkan negara menurut syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan yang dibuat diterima sebulat suara oleh seluruh ahli Pas sama ada di peringkat Sabah mahupun di Semenanjung dengan penuh taat dan akur demi mencapai agenda yang lebih utama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast