Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Kedah, Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso kini dibuka kepada semua pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di negeri itu.

Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso, Dr Azlan Darus berkata, semua pencarum Perkeso di Kedah yang belum pernah menggunakan kemudahan PSP, layak untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Majikan juga boleh menghantar pekerja mereka untuk menjalani ujian saringan dan layak untuk menuntut subsidi sebanyak RM150 bagi setiap ujian yang dijalankan.

Malah, majikan juga boleh menghubungi panel makmal Perkeso untuk menjalankan ujian tersebut.

Maklumat mengenai panel itu boleh didapati melalui laman sesawang psp.perkeso.gov.my – MalaysiaGazette