LONDON – Chelsea terus aktif dalam jendela perpindahan musim baharu ini walaupun sudah membeli enam pemain.

Terbaharu, Chelsea dilaporkan telah mencapai kesepakatan untuk mendapatkan penjaga gol Rennes, Edouard Mendy.

Mendy akan menjadi pengganti kepada Kepa Arrizabalaga yang beraksi dengan teruk pada musim lalu.

Penjaga gol Rennes itu melakukan 13 clean sheet musim lalu dengan hanya bolos 31 kali daripada 33 penampilannya,

Musim lalu, Lampard sudah beberapa kali merehatkan Kepa Arrizabalaga yang dilihat tidak layak langsung bergelar penjaga gol termahal di dunia.

Kepa mencatatkan 10 clean sheet dengan bolos sebanyak 58 kali dari 41 penampilan.

Chelsea sebelum ini gagal mendapatkan sasaran sebelum ini iaitu Dean Henderson yang sah akan kekal di United. – MalaysiaGazette