Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Sekiranya Perdana Menteri tidak dapat menunaikan janji meningkatkan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak dapat menepati janji untuk tidak bertanding satu sama lain – lebih baik rakyat Sabah menyokong Warisan Plus.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, melalui Warisan Plus, nasib orang Sabah lebih baik.

“Tambahan pula, Muhyiddin telah menunjukkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang lemah apabila calon Ketua Menteri Sabah yang dicadangkannya, ditolak terus oleh Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, rakyat Sabah mahukan satu gabungan politik yang bersatu dan dipimpin oleh seorang ketua untuk membawa kestabilan dan kemajuan ekonomi kepada kerajaan negeri yang akan datang.

“Sekiranya GRS yang baru dibentuk tidak dapat bersetuju untuk calon Ketua Menteri dan lebih berminat untuk berlawan satu sama lain di 17 kerusi DUN, bagaimana GRS dapat menjanjikan kestabilan dan kemajuan ekonomi bagi rakyat Sabah?” soalnya.

Menurutnya, nasib rakyat Sabah akan lebih baik di bawah kerajaan Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP, UPKO, PKR dan Amanah yang bersatu di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Shafie telah berjanji bahawa rakyat, dan bukan “katak” politik yang boleh dijualbeli politik wang, akan memutuskan siapa kerajaan negeri mereka yang seterusnya dan Shafie telah menunaikan janji itu,” katanya lagi.

Selain itu, Guan Eng berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji di Sandakan pada 30 Ogos untuk meningkatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penerima yang memerlukannya, yang kini antara RM200 dan RM300 kepada RM1,000.

“Sehingga sekarang, tidak ada khabar mengenai peningkatan bantuan kebajikan masyarakat tersebut,” katanya.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kemajuan ekonomi? kah kah kah..sejak 2018, pertumbuhan ekonomi Sabah dlm tempoh 2 tahun Warisan memerintah adalah yg paling corot di Malaysia. Ni akauntan fail ni bengap ke apa?

  2. Mulut dah makan tahi lagi mau cakap..22 bulan jadi kerajaan hancur..mau cakap pasal pembangunan..22 bulan jadi kerajaan duit tak dak.. lagi mau cakap pasal kebajikan, memang sesuai jadi pembangkang

Comments are closed.