KUALA LUMPUR – Pelbagai spekulasi mengenai Proton X50 bakal terungkai akhirnya apabil model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak paling dinanti-nanti itu akan membuat kemunculan pertamanya pada 15 September ini.

Semalam, tular gambar di media sosial mengenai harga Proton X50 keluaran Proton Holdings Bhd (PROTON) yang reka bentuknya mendapat pujian netizen.

Model yang dikatakan pesaing kepada Honda HRV itu akan ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insuran bermula daripada RM75,800.

Dalam perkongsian sama, model dengan spesifikasi tertinggi pula ditawarkan pada harga bermula sekitar RM103,800.

Ramai berpendapat Proton X50 akan menjadi antara model popular PROTON berdasarkan reka bentuknya yang menarik dan disokong harga mampu milik.

Sementara itu spekulasi masih berlegar mengenai varian yang bakal ditawarkan PROTON untuk model X50.

Antara yang diperkatakan adalah, ia dijangka ditawarkan dengan tiga varian terdiri dari Standard, Executive dan Premium/Sport.

Proton X50 juga dijangka dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Sekiranya Proton X50 adalah diadaptasikan daripada model Geely Binyue, ia akan dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua lengkap dengan ciri Kawalan Pelayaran Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast