KUALA LUMPUR – Bagi peminat makanan Arab yang masih tercari-cari restoran yang menepati selera anda, apa kata halakan pemanduan ke Bukit Bintang untuk singgah dan menjamu selera di Hadramawt Palace.
Sebaik melangkah ke dalam, dekorasi menarik dengan mengetengahkan warna hitam dan putih selain dinding diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari negara Arab membuatkan tetamu pasti dapat merasakan suasana berbeza dan unik .
Ruang yang lebih luas ditambah pula penyediaan bilik golongan kenamaan (VIP) memberikan restoran ini imej yang lebih privasi. Pada masa sama, ruang untuk keluarga dan rakan-rakan melepak santai turut disediakan sambil diiringi alunan lagu-lagu Arab.
Justeru, bagi anda penggemar makanan Arab terutama hidangan Nasi Arab, Nasi Mandy dan Nasi Malqubah ayam atau kambing, Hadramawt Palace adalah lokasi yang paling tepat.
Hadramawt Palace yang beroperasi sejak tahun 2011 kini terus mencuri tumpuan kerana merupakan restoran menjadi pilihan utama pelancong Timur Tengah dan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan Arab dan Timur Tengah.
Menu popular yang disediakan yang terletak di Bukit Bintang itu semuanya asli dari Lebanon, Syria dan Yemen dengan menggunakan chef khas dan rempah ratus yang turut diimport dari negara berkenaan bagi memberi kelainan dan pengalaman baharu kepada pengunjung.
Diusahakan bersama tiga rakan kongsinya, Hadramawt Palace turut menawarkan pelbagai perkhidmatan catering secara pek dan dengan keluasan restoran yang boleh menampung 300 pelanggan, restoran itu turut dibuka khusus buat mereka yang ingin mengadakan pelbagai majlis.
Sementara itu, sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19, kakitangan Hadramawt Palace turut mematuhi antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP).
Pengarah Hadramawt Palace, Faris Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.
“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial.
“Pada masa sama, hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disediakan cecair pembasmi kuman.
“Apa yang kami lakukan ini bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu,” katanya.
Mengulas lanjut, Faris menambah, sejak arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), restoran itu tidak beroperasi selama tiga bulan dan hanya menumpukan kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.
Namun jelas beliau, konsep pek yang diperkenalkan mendapat sambutan luar biasa kerana mendapat pilihan banyak syarikat-syarikat korporat bagi program korporat tanggungjawab sosial untuk sumbangan nasi Arab kepada barisan petugas hadapan.
“Sama ada menikmati menu kami di sini atau dibawa pulang, pihaknya kami sentiasa menitikberatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 ini.
“Namun pelanggan juga perlu bersedia menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’ ini,” katanya konsep pek itu disediakan untuk 20 tempahan ke atas.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur di talian 03-21433333 atau cawangan Melaka di talian 06-2866662 atau layari Instagram: Hadramawt.palace.restaurant dan Facebook: Restoran Hadramawt Palace. – MalaysiaGazette