KOTA KINABALU – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan cadangan untuk menjadikan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai Perdana Menteri sebelum ini hanya satu pembohongan semata-mata.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menyuarakan cadangan itu hanya kerana beliau telah hilang kuasa.
“Dulu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sokong PH (Pakatan Harapan) sebab nak jadi PM. Ini pembohong yang cadang dia nak jadi PM siapa? Tun M.
“Masa Tun M jadi PM 23 tahun pernah tak dia fikir orang Sabah jadi PM masa ada kuasa tidak fikir dah hilang kuasa baru nak janji macam-macam,” katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tambalang, Kampung Bolong Baru, Tuaran hari ini.
Namun Mohamed Azmin percaya rakyat Sabah tidak akan terpedaya cadangan itu meskipun mendakwa Mohd. Shafie tertipu dengan Mahathir.
“Orang Sabah percaya atau tidak orang Sulaman atau tidak, tidak kan? Tapi Shafie percaya,” ujarnya.
Sebelum ini, Mahathir yang juga bekas Pengerusi PH pernah mengesahkan beliau bersama Parti Amanah Negara (Amanah), Warisan dan DAP mencalonkan Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Isu yang tercetus selepas PH hilang kuasa dan kontroversi dalam kalangan parti pembangkang apabila Anwar tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan. -MalaysiaGazette
Semburit ni muka x malu betol…