Jet pejuang Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada Isnin pagi, susulan dua roket yang dilancarkan Hamas.- Gambar fail agensi

BAITULMAQDIS – Sebuah pesawat Israel telah membedil Gaza manakala siren amaran tembakan roket dari Palestin telah kedengaran di selatan Israel, kata saksi.

Menurut para saksi, pangkalan latihan yang dikendalikan kumpulan Hamas telah dimusnahkan dalam serangan udara itu.

Tentera Israel tidak segera mengesahkan serangan tersebut.

Bagaimanapun mereka berkata, terdapat siren amaran berbunyi di kawasan masyarakat Israel bersempadanan dengan Gaza.

Beberapa jam kemudian, sebuah roket dilepaskan oleh para militan Palestin di Gaza menuju bandar Ashdod milik Israel.

Serangan tersebut mencederakan dua orang yang pada masa yang sama, Israel bersama dua negara Teluk telah menandatangani perjanjian normalisasi hubungan di Washington.- Agensi