Penemuan bersejarah itu memerlukan perubahan pada fakta sejarah mengenai manusia viking di UK

LONDON – Satu kajian terbaharu di United Kingdom mendedahkan sebanyak enam peratus daripada populasi rakyat di negara itu berkemungkinan memiliki genatik DNA manusia Viking berbanding 10 peratus di Sweden.

Rantaian DNA daripada 442 rangka tulang Viking mendapati kebanyakannya mempunyai keturunan bukan Skandinavia dengan ada juga genetik dari tempat lain di Eropah dan juga Asia.

Ia hasil penemuan kajian yang dilakukan selama enam tahun dan diterbitkan dalam Jurnal Sains bertajuk Nature.

Profesor Universiti Copenhagen, Eske Willerslev yang juga menganggotai kajian itu mendakwa tidak ada sesiapa pun dapat meramalkan penemuan itu.

Penemuan itu telah mengubah persepsi komuniti dunia terhadap asal usul dan segala maklumat mengenai orang Viking yang pernah didedahkan selama ini.

“Rasanya kini buku sejarah berkaitan orang Viking nampaknya perlu dikemaskini menerusi hasil perolehan ini,” katanya.

Penyelidik telah melibatkan genom lelaki, wanita kanak-kanak dan bayi manusia zaman Viking menggunakan gigi dan tulang yang ditemui di kubur Viking.

Para saintis percaya menerusi penemuan itu bahawa manusia Viking bukannya kejam seperti yang disangkakan selama ini dan sebahagiannya sanggup bergaul dan bercampur dengan budaya lain.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast