KUALA LUMPUR – Selebriti dan penyampai stesen televisyen TV3, Ahmad Fedtri Yahya terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.
Menurut isterinya, suaminya mengalami kecederaan di muka dan telah dijahit oleh pihak hospital semasa pembedahan malam tadi.
“Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya dalam hantaran menggunakan media sosial milik suaminya.
Selain salah seorang penyampai TV3, Ahmad Fedtri juga dikenali dengan penulisan buku dan moderator majlis-majlis agama.- MalaysiaGazette