Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , Mohd Ashraf Mustaqim bercakap kepada media mengenai isu Klang Valley Double Tracking 2 pada Sidang Media di Pejabat Bahagian Bersatu, Putrajaya. foto ISKANDAR HAMIDI, 17 SEPTEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Jumat Idris yang mendakwa parti itu tidak bekerjasama membantu pihaknya berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, Bersatu sentiasa komited untuk turun berkempen bagi calon-calon di Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jelas beliau, apa yang berlaku apabila masa perlu diambil untuk menyeragamkan aktivti kempen memandangkan GRS baru ditubuhkan.

“Saya rasa tiada isu langsung Bersatu tidak beri komitmen. Malam ini pun Armada akan ke Sabah untuk berkempen. Mungkin GRS baru ditubuhkan, jentera belum lancar dan ada perlu diseragamkan aktiviti terutamanya di bilik gerakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Ashraf Mustaqim diminta mengulas dakwaan Jumat yang mendakwa sehingga hari ini, kerjasama baik daripada rakan-rakan parti lain adalah baik kecuali Bersatu sedangkan mereka merupakan satu pakatan bersama.

Selain Jumat mewakili BN, DUN Darau ditandingi oleh lima calon lain itu dari Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Demokratik Liberal (LDP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Calon BN DUN Darau dakwa Bersatu tak bantu kempen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.