Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

KLANG – Dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baru dilantik, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah dan ADUN Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni, kedua-duanya daripada PKR, berkuat kuasa Sabtu ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang ditemui pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah berkenaan berkata portfolio kedua-dua Exco tersebut akan ditentukan kemudian.

Setakat ini, portfolio Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan kosong apabila perkhidmatan ADUN Selat Klang daripada Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari ditamatkan Mac lepas berikutan penjajaran semula politik di peringkat persekutuan.

Selain itu, khidmat Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar yang dijalankan oleh  ADUN Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha ditamatkan pada Julai lepas selepas keahlian beliau dalam PKR dilucutkan.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.