Seorang petugas sedang membantu pesakit di Pusat Haemodialisis Felda.

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) menyalurkan dana tahunan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan FELDA (YF) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, menerusi pembiayaan ini, FGV berpeluang memberi bantuan bermakna terutama dalam bidang pendidikan, kebajikan dan kesihatan, yang merupakan kegiatan utama YF sejak ditubuhkan pada 2009.

Sebahagian daripada peruntukan tahunan ini turut disalurkan kepada Pusat Haemodialisis Felda (PHF) yang dikendalikan oleh YF.

PHF menyediakan rawatan dialisis buah pinggang untuk golongan B40 serta pesakit yang tidak mempunyai tajaan atau perlindungan insuran.

Terbuka kepada semua warga Malaysia kurang berkemampuan, PHF mampu mengendalikan 120 pesakit serta memiliki 20 unit mesin dialisis dan 15 petugas.

Pada minggu ini, katanya, FGV turut menyalurkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM52,500 secara terus kepada semua pesakit dan petugas di PHF. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast