KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM1.93 seliter dan  RM1.63 seliter.

Manakala harga runcit diesel turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.

Harga runcit bahan bakar itu untuk tempoh 19 hingga 25 September ini.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette