Hilman Idham

KUALA LUMPUR – Tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak serta arahan pengosongan dewan tersebut mendapat sokongan padu rakyat Gombak khususnya para pengundi yang telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum yang lalu.

Sokongan rakyat terhadap tindakan MPS itu kerana pengundi Gombak tidak boleh menerima sama sekali tindakan khianat yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hilman Idham ke atas pengundi di Gombak.

Kecurangan dan pengkhianatan yang dilakukan itu adalah dosa yang sangat besar yang dilakukan oleh mereka terhadap amanah yang rakyat sandarkan kepada mereka, kata Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Gombak, Mohd Razali Yusof.

”Kami ingin menasihati YB Azmin Ali dan YB Hilman supaya jangan menipu rakyat lagi dengan ciapan simpati yang cuba untuk memperbodohkan rakyat Gombak.

”Rakyat Gombak tidak pernah lupa dengan tindakan YB Hilman yang mengunci Dewan Gombak Setia ke atas program penyampaian sumbangan bantuan rakyat akibat Covid-19 yang lalu oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

”Dewan itu telah dikunci dan semua petugas tidak dibenarkan masuk akibat politik dangkal dan kejam YB Hilman. Rakyat yang miskin dan ibu mengandung terpaksa berdiri dan berpanas terik kerana dewan telah dikunci atas arahan YB Hilman sendiri,” dedahnya.

Beliau mengulas kenyataan Hilman yang memaklumkan menerima banyak panggilan dan mesej rakan-rakan penjawat awam Selangor yang simpati, juga kata-kata maaf atas tindakan MPS pagi ini.

”Saya minta mereka terus teguh mempertahankan piagam perkhidmatan awam dan tidak tunduk kepada tekanan politik dalam kerajaan negeri,” kata Hilman dalam Twitternya.

Pejabat terbabit sebelum ini menjadi pusat khidmat Azmin dan Hilman.

Azmin adalah Anggota Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Antarabangsa.

Hilman pula ADUN Gombak Setia, juga Setiausaha Politik Azmin.

Tambah Razali, tindakan MPS tadi bukan tindakan balas dendam tetapi semata-mata atas desakan rakyat dan pengundi Gombak yang tidak boleh menerima sama sekali tindakan pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin dan Hilman ke atas mandat serta amanah rakyat.

Katanya, tindakan sitaan dan pengusiran oleh MPS tersebut telah dilakukan dengan penuh tertib dan mengikut prosedur yang ditetapkan dan dewan ini akan dikembalikan haknya untuk kegunaan orang ramai khususnya bagi warga Gombak Setia.

”Kepada rakyat dan pengundi Gombak, Kerajaan Selangor sentiasa pada setiap masa memastikan kebajikan, keperluan dan bantuan buat rakyat dipenuhi dengan sempurna. Di DUN Gombak Setia, kerajaan negeri telah menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) Gombak Setia.

”Bagi warga Parlimen Gombak, YB Saari Sungib selaku ADUN Hulu Kelang dan Datuk Seri Amirudin Shari sentiasa ada bersama dengan rakyat bagi menyelesaikan isu penduduk dan memenuhi harapan rakyat dan pengundi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Slm. Rakyat parleman Gombak perlu peka bijaksana dgn permainnan licik yb Azmin Ali, tuu,Azwan Ali tuu, dulu artis ddlm tv2,tpi kini rezekinya kurang baik, mungkin abngnya juga pun akan fikir2 punya fikir jdi senyap sepi juga akhirnya,biarkn berapa tinggi dia mahu lompat, sepandai2 tupai melompat ke bumi juga jatuhnya….bukan semua warga Gombak yb Azmin Ali boleh putar2kan otak dio org… Kipala dia kut akan memusing222 kut, tunggu &lihat shj… la… Wssslm. Senjata memakan tuan sendri…

Comments are closed.