Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2020.

KIMANIS – Seramai 177 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Kimanis meninggalkan parti itu dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Mereka yang terlibat adalah dari tiga cawangan iaitu Lambunau, 57 orang, Mawao (77) dan Piasau (43).

Tindakan keluar parti dibuat kerana ahli parti terbabit mendakwa perjuangan Warisan yang disertai mereka sejak awal penubuhan parti itu sudah berubah dari landasannya.

Ahli Cawangan Lumat, Mohamed Sudin, 60 berkata, hala-tuju Warisan kini sudah tidak seperti yang mereka perjuangkan.

“Saya meluahkan rasa tidak puashati saya kerana Warisan yang saya sertai sejak 2014 kini susah berubah segala-galanya,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong oleh bekas AJK Wanita Warisan Bahagian, Rosmawati Othman, 48, yang kesal dan hilang kepercayaan kerana tiada lagi pemimpin yang boleh memimpin mereka dalam parti itu.

“Kami kecewa kerana tiada pemimpin yang betul-betul boleh memimpin kami.”

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan borang menjadi ahli baru kepada Bersatu di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping, Membakut.

Borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin. – MalaysiaGazette