Alex Telles

LONDON – Manchester United memeterai kontrak dengan pertahanan Brazil, Alex Telles.

Akhbar, The Mirrior melaporkan pemain FC Porto  dikaitkan dengan penghijrahan ke Chelsea.

Namun Ben Chilwell menjadi pilihan Frank Lampard, sekaligus membuka ruang kepada Telles menyertai the Red Devils.

United dalam proses memuktamadkan dokumen yang melibatkan klausa yuran yang ditetapkan Porto.

Telles merupakan pemain kedua selepas Donny van de Beek yang dibeli dengan nilai £45 juta dari Ajax.

Pemain itu menjaringkan 24 gol dalam 150 penampilan bersama Porto. – MalaysiaGazette