drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang pemuda yang disyaki memperdaya mangsa dengan menawarkan gelaran Datuk dari Istana Kelantan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian penipuan tawaran gelaran Datuk dari Istana Kelantan pada 20 Oktober lalu.

“Suspek menawarkan gelaran itu dengan bayaran hanya RM20,000 terhadap mangsa seorang yang berusia 58 tahun dan bekerja sebagai pasukan keselamatan.

“Mangsa telah diperkenalkan dengan suspek lelaki warganegara tempatan berusia 32 tahun melalui rakan sejawarnya dalam pasukan keselamatan yang sama,” katanya satu kenyataan.

Menurut Nik Ezanee, pada peringkat awal mangsa enggan menerima tawaran yang meragukan itu tetapi atas pujukan serta desakan daripada rakannya itu mangsa akhirnya bersetuju membuat bayaran secara berperingkat ke dalam akaun suspek selain membayar secara tunai.

Bagaimanapun tambah beliau, lima tahun kemudian iaitu pada 17 September lalu pasukan Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pahang berjaya menahan suspek di Kuantan, Pahang.

“Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis Petaling Jaya.

“Dia direman dua hari serta disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara yang mana tempohnya boleh mencecah lima tahun, atau denda atau kedua-dua.

Kata Nik Ezanee, aemakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau penipuan. – MalaysiaGazette