PRN SABAH : Saya Dah Lama Dalam Politik, Tiada Siapa Boleh Kawal Saya – Hajiji Noor

TUARAN – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor menolak dakwaan beliau akan dikawal oleh Tan Sri Musa Aman.

Tegasnya, tidak ada siapa yang boleh mengawal beliau sekiranya menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Itu tidak betul. Saya sudah dewasa. Saya sudah lama dalam politik tidak ada satu orang pun yang boleh kawal apa yang tersirat dan apa perancangan saya.

“Jadi tuduhan Datuk Shafie saya anggap tidak betul,” katanya kepada pemberita di Program Perjumpaan Bersama Ketua Pimpinan Badan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Daerah Mengundi Kg Kindu hari ini.