Jangkitan baharu Covid-19 bertambah lagi  hari ini dengan 26,534 kes dilaporkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM)  telah mengesan satu lagi kluster baharu di Pulau Pinang iaitu Kluster Ara.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM telah mengesan dua individu daripada kluster ini iaitu seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan rakyat tempatan.

“Kes ini telah dikesan positif Covid-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia.

“Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu kes positif Covid-19 telah berjaya dikenal pasti iaitu anak saudaranya.

”Anak saudara dikesan positif Covid-19 pada 19 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan media berhubung perkembangan baharu kes Covid-19 hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, sehingga 12 tengah hari, sejumlah 16 individu telah disaring dan 14 dikesan negatif.

Katanya, langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette