Keadaan bangunan kediaman yang runtuh di Mumbai. foto Agensi

NEW DELHI – Sebuah bangunan kediaman tiga tingkat di pinggir Mumbai runtuh pada awal pagi ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang.

Menurut media tempatan, seramai 25 orang mangsa termasuk kanak-kanak berjaya dikeluarkan oleh penduduk tempatan selepas kediaman itu runtuh kira-kira jam 3.40 pagi tadi.

Dianggarkan antara 20 hingga 25 orang masih lagi terperangkap dalam runtuhan bangunan yang terletak di Bhiwandi, kata Satya Pradhan, Ketua Pasukan Tindakan Bencana Nasional menerusi Twitter.

Difahamkan bangunan yang berusia 40 tahun itu didiami oleh 20 keluarga. – MalaysiaGazette