Syahir Sulaiman menunjukkan surat tawaran belajar dari 'Lee Kuan Yew School of Public Policy' pada tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Mohd Syahir Sulaiman mungkin menjadi rakan sekelas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jika Ahli Parlimen Muar itu menerima tawaran program Senior Fellowship in Public Service yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew School of Public Policy di Universiti Nasional Singapura pada tahun ini.

Penolong Setiausaha Agung Pas itu memberitahu, tawaran itu diterima pada tahun lalu, bersama-sama tawaran fellowship di Amerika Syarikat dan Australia.

Namun semuanya terpaksa ditangguhkan atas komitmen tugasan.

”Jika saya terima tawaran tahun ini, mungkin kita akan jadi rakan sekelas. All the best bro Syed Saddiq,” katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memaklumkan malam tadi beliau telah mendapat tempat dan biasiswa di universiti berkenaan untuk mengikuti program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service.

Beliau berkata, permohonan itu diterima sejak Jun tetapi berita itu tidak didedahkan sehingga malam tadi kerana kelasnya akan bermula hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.