Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kenyataan pemimpin Warisan, Datuk Mohammadin Ketapi yang menyifatkan pencerobohan Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan negara sebagai sandiwara amat menyedihkan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kenyataan itu juga satu penghinaan sangat besar pada pasukan keselamatan negara yang bertarung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Apatah lagi kepada 10 keluarga anggota polis dan enam warga Sabah yang terkorban.

”Amat sedih selepas menonton klip video calon PRN Warisan merangkap bekas Menteri PH kata pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara.

”Dia sindir pasukan keselamatan kita cuma berperang dengan ayam dan anjing masa itu,” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Malah, bekas Menteri Kerajaan Pakatan Harapan itu juga mendakwa tentera dan polis masuk kampung lawan dengan ayam dan anjing, di samping memusnahkan kebun kelapa sawit penduduk di situ.

Dakwanya, peristiwa Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013 itu kerana sandiwara kerajaan mahu mengadakan pilihan raya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohamaddin anggap kes Lahad Datu hanya sandiwara?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Bengong sungguh mohamadin keretapi ni. Nyawa manusia bknnya boleh dibuat lakonan. Mcm manalah warisan boleh amik walaun ni jd calon dan PH lantik dia jd menteri?

  2. Mungkin pengganas sulu yang mati tu saudara mara dia dari selatan pihilipina sebab itu dia tak rasa apa2 bila polis dan tentera Malaysia ada yg terkorban ketika itu..

  3. org mcm ni elok dibuang kerakyatan dan diletakkan bawah sama dengan pelarian seperti rohingya dan lain2nya…x reti nak bersyukur langsung….

Comments are closed.