Gambar hiasan

NINGBO – Pihak berkuasa tempatan di wilayah timur laut Jilin menemui novel koronavirus pada bungkusan sotong yang diimport.

Salah satu bungkusan itu tiba di bandar tersebut melalui ibu kota Changchun, kata Pejabat Kesihatan Fuyu menerusi WeChat.

Berikutan itu, ia meminta orang ramai yang telah membeli dan memakan sotong yang diimport oleh kedai borong makanan laut sejuk beku Sanjia Deda pada 24 hingga 31 Ogos lalu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa dan menjalankan ujian saringan Covid-19.

Pejabat Pencegahan Covid-19 Changchun mengatakan sotong itu telah diimport dari Rusia oleh sebuah syarikat di bandar Hunchun dan dibawa ke ibu kota wilayah tersebut.

Kastam akan menggantung import daripada syarikat-syarikat berkenaan untuk tempoh seminggu jika produk makanan-makanan sejuk beku itu diuji positif untuk koronavirus.

Manakala penggantungan sebulan jika pembekal-pembekal produk dikesan positif bagi tempoh tiga kali atau lebih. – MalaysiaGazette