Banjir kilat berskala besar pada 26 Ogos lalu melanda Daerah Rasuwa di utara Nepal susulan lonjakan air secara mendadak ke Sungai Bhote Koshi dari kawasan hulu berhampiran sempadan Tibet, China.

ISLAMABAD – Angka kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur dahsyat di sepanjang sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,420 orang manakala 5,649 lagi masih hilang, menurut angka rasmi terkini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal berkata pada Khamis bahawa jumlah kematian yang disahkan di negara itu meningkat kepada 1,377 orang dengan 5,130 masih hilang, berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan pada 11 pagi waktu tempatan.

Angka terkini menunjukkan 13,656 orang diselamatkan manakala 333 menerima rawatan di 19 hospital dan 256 dibenarkan keluar.

Nepal mengerahkan lebih 21,000 anggota keselamatan termasuk 8,885 anggota Tentera Nepal, 7,975 anggota polis dan 4,203 anggota Pasukan Polis Bersenjata bagi menjalankan operasi mencari, menyelamat dan bantuan.

Di pihak China, angka kematian kekal 43 orang, manakala 519 masih hilang di Wilayah Autonomi Xizang di barat daya negara itu, yang turut dikenali sebagai Tibet, menurut angka rasmi terkini.

Jumlah keseluruhan kematian akibat bencana itu kini mencecah 1,420 kematian dan 5,649 orang masih hilang.

Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan pada Khamis bahawa helikopter Tentera Nepal melakukan 1,348 penerbangan manakala helikopter Pasukan Polis Bersenjata menjalankan 272 lagi penerbangan di kawasan terjejas. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here