Rich, baru berusia enam bulan empat hari mencipta rekod dunia sebagai peluncur water ski termuda di dunia ketika meluncur di Tasik Utah, Amerika Syarikat.

UTAH – Sukar untuk percaya tetapi itulah yang berlaku apabila seorang bayi yang baru berusia enam bulan mencipta rekod dunia sebagai peluncur air ‘water ski’ termuda dunia.

Aksi luar biasa bayi bernama Rich Humphreys itu telah dirakam oleh ibu bapanya di tasik Lake Powell di Selatan Utah, Wilayah di sebelah Barat Amerika Syarikat.

Pada usia hanya enam bulan dan empat hari bayi itu berjaya memadam rekod yang pernah dipegang bayi berusia enam bulan 23 hari sebelum ini.

Dengan keadaan kedua-dua kakinya diikat selamat pada papan luncur air itu Rich memegang kuat besi peluncur yang ditarik bot laju di tasik tersebut.

Dalam rakaman video pendek berdurasi 28 saat itu, bapanya Casey berada di satu lagi bot asing dan mengekori rapat si kecil itu demi aspek keselamatan.

Rich kelihatan berski dengan memakai peralatan jaket keselamatan lengkap.

Ibu bayi itu memuat naik video aksi comel anaknya itu dalam Instagram peribadinya dengan mesej berbunyi,: “saya (Rich) meluncur sempena hari jadi saya genap enam bulan).(Apparently that’s a big deal #world record.. (Tetapi ia kini menjadi rekod dunia)”.

Ibu bapa berkenaan memberi galakan kepada bayi itu supaya lebih berani dan bersemangat meluncur dalam air, disamping kelajuan bot peluncur juga dikawal sebagai aspek keselamatan anaknya itu.

Rich pula kelihatan senyum dan teruja ketika meluncur dan memandang ke arah bapanya yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

Sebelum ini gelaran sebagai peluncur air termuda dunia dipegang oleh Zyla St Onge, dari Florida pada usia enam bulan 27 hari pada Mei 2016.

Seorang lagi kanak-kanak yang berjaya mencipta rekod dunia adalah Montannah Kenney berjaya menaiki Gunung Kilimanjaro.

Manakala seorang kanak kanak berusia tujuh tahun Diego Suarez pada tahun 2004 menjadi individu termuda dunia menemui fosil tulang dinosour semasa mengembara bersama ibu bapa yang merupakan pakar geologi.

Fosil berkenaan kemudian dinamakan sebagai Chilesaurus Diegosuarezi nama kanak-kanak itu yang menemuinya.-MalaysiaGazette