KUALA LUMPUR – Seorang jurujual dan rakannya disamun sekumpulan tiga individu bersenjata parang di Lebuhraya Besraya ketika dalam perjalanan untuk berurusan menjual emas di ibu negara petang semalam.

Suspek telah menghampiri kereta mangsa dan memecahkan cermin kenderaan itu lalu menariknya dan pemandu keluar sebelum melarikan kereta tersebut bersama wang tunai dan emas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @Hilmi berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.35 petang semalam.

“Kejadian berlaku semasa pengadu, 47, seorang salesman sebuah syarikat pengedar emas di ibu negara bersama seorang rakannya berumur 24 tahun yang juga pemandu kereta sedang memandu dri Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi melalui Lebuhraya Besraya tiba-tiba ditahan dua kereta jenis Hilux berwarna hitam dinaiki suspek penyamun.

“Kemudian terdapat tiga suspek bangsa tidak pasti bersenjata parang menghampiri kereta pengadu dan memecahkan cermin kereta kemudian menarik pengadu dan pemandu yang menaiki Toyota Hilux keluar dari kereta sebelum melarikan kereta kedua-dua mangsa bersama wang tunai dan emas yang ada dalam kendereraa Hilux mangsa tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, semasa kejadian pengadu dan rakannya mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkan suspek.

Tambah beliau, menurut mangsa semua suspek berbadan besar dan memakai baju berlengan panjang serta memakai skin mask bagi menyukarkan dicam.

“Pengadu mempunyai urusan jual emas kepada beberapa buah kedai emas di sekitar Kuala Lumpur.

“Hasil maklumat awal kereta pengadu telah dijumpai di kawasan Damansara di Petaling Jaya dalam keadaan terbakar dan polis sedang mempergiatkan usaha memburu kesemua suspek yang terlibat.

Kereta hilux milik syairkayt pengedar emas yang disamun bersama emas oleh tiga suspek bersenjata parang bertopenhg mask hitam sebelum dibakar di Damansara keitka ditemui polis semalam.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan,” jelas beliau.

Zairulnizam berkata, pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan polis dalam proses mendapatkan pengesahan syarikat terbabit.

“Polis turut sedang menyiasat kes berkenaan sama ada mempunyai kaitan dengan insiden van pengawal keselamatan yang dilarikan dan dibakar dalam kejadian di Rawang sebelum ini,” ujarnya.

Beliau turut memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat di talian 03-22979222. – MalaysiaGazette