Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bercakap kepada media pada Sesi Pengumuman Pemenang Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities) (IDEA) Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (Ilkbs) Secara Atas Talian di Menara KBS, Presint 4, Putrajaya. foto ISKANDAR HAMIDI 23 SEPTEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan tidak mencampuri pertikaian antara Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) yang melibatkan pemain kebangsaan, Mohamadou Sumareh.

Timbalan Menterinya, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kementerian itu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Sebarang permasalahan antara badan persatuan dan pemain adalah urusan mereka sendiri yang perlu mencari titik penyelesaian.

“Jadi kita hanya ambil pendekatan memerhatikan situasi kedua-dua pihak dulu, sekiranya ada keperluan mungkin menteri (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) akan jawab soalan berbangkit,” katanya dalam sidang media di kementerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendekatan kementerian untuk menyelesaikan pertikaian perpindahan Sumareh ke kelab Liga Thailand.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, pihaknya akan terus memantau isu tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast