foto: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

SANDAKAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengusir pulang 400 pendatang Filipina melalui Pelabuhan Sandakan, dekat sini hari ini.

Pengarah MKN Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran itu merupakan program siri ke-27 menerusi jalan laut.

“Sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, semua tahanan dipastikan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan sebelum diusir.

“Semua tahanan juga menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pengusiran pendatang sepanjang tahun ini membabitkan 6,859 individu termasuk 259 pendatang dari Pakistan, China, Vietnam, Hong Kong, Korea Selatan dan negara lain menerusi pengangkutan udara oleh Jabatan Imigresen Malaysia. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast