PRN SABAH : Ini Semua Gimik Politik Anwar! Sengaja Nak Tukar Fikiran Rakyat Sabah – Hajiji Noor

TUARAN – Pengumuman terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa berjaya menerima sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan persekutuan disifatkan sebagai gimik politik meraih undi Sabah menjelang pilihan raya negeri yang tinggal hanya tiga hari sahaja lagi.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor berkata mustahil Pengerusi Pakatan Harapan itu menerima sokongan daripada pelbagai parti khususnya Perikatan Nasional (PN).