KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengesahkan beliau positif Covid-19.

Pengesahan itu diperoleh selepas membuat ujian saringan di Kuala Lumpur.

Beliau terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Baharu sahaja menerima panggilan dan akan menerima rawatan hari ini,” katanya menerusi Twitter.

Shahril berkata, beliau tidak mengalami gejala yang jelas kecuali sedikit penat.

Beliau memohon maaf disebabkan ini kerana akan menimbulkan kesan kepada mana-mana pihak yang kontrak rapat dengannya. – MalaysiaGazette