Konsert Cinta Buatan Malaysia akan diadakan pada 12 Disember ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Awie dan Search bakal bergabung dalam Konsert Cinta Buatan Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam pada 12 Disember depan.

Sebelum ini, konsert yang awalnya diberi nama Konsert Apologia Search dan Awie yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac lalu ditunda ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Lokasinya diubah daripada The Bee ke tempat lebih besar iaitu Stadium Melawati, Shah Alam.

Judul konsert diberikan bagi  meraikan album pertama Search berjudul Cinta Buatan Malaysia memandangkan mereka meraikan ulang tahun genap 40 tahun Search yang ditubuhkan pada 1981, tahun depan.

Sementara itu Search akan dianggotai Nasir, Din dan adiknya, Kid manakala Pae bertindak sebagai pemain drum undangan.

Pada konsert itu, mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September, tahun lalu.

Tiket konsert berkenaan dijual daripada harga RM99 hingga RM1,000. Peminat yang sudah membeli tiket sebelum ini boleh menggunakannya untuk Konsert Cinta Buatan Malaysia pada 12 Disember depan.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari www.ilassotickets.com atau menghubungi 03-21706333. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast