Mohd Shafie Apdal .

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menempelak tuduhan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwanya hanya memberikan jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Sabah kepada kroninya di Semporna.

Menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai rekaan, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu menegaskan fakta mengatakan sebaliknya.

“Kita lihat siapa yang pegang jawatan Setiausaha Tetap (SUT)?Kena lihat fakta jangan mereka-reka cerita.

“Siapa Pesuruhjaya Polis?  Siapa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah? Siapa Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO). Lihat fakta jangan hanya reka cerita kata orang Semporna ditempatkan di tempat  tertentu dan memonopoli jawatan, tidak betul,” tegasnya ketika ditemui hari ini.

Beliau sebelum itu hadir pada Majlis Bersama Belia Anjuran Sabah Unity Movement sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Teluk Likas di sini hari ini.

Najib dalam siaran langsung menerusi Facebooknya semalam mempertikaikan unity atau kesatuan yang dilaungkan Mohd Shafie apabila didakwanya berat sebelah dan hanya menumpukan kepada orang di Semporna sahaja.

Mohd Shafie juga kata Najib tidak layak menerima kad laporan A dalam mentadbir negeri berkenaan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betul lah tu..ko ingat org sabah tak tahu ke…sudah2 lah menipu org sabah wahai shafie abdal…jual temberang saja kau..apa yang kau buat untuk bangunkan ekonomi sabah…buat org sabah tambah miskin dan susah kau boleh lah buat..sabah untuk sabah konon..dupang na pahalu punya shafie adal.

  2. Tuntut bin Janji, apa UMNO buat untuk ekonomi Sabah sepanjang 30 tahun lebih menjajah? Warisan baru 22 bulan lebih perintah, sekurang-kurang nya bagilah peluang sepenggal. Aparah lah lu cybertrooper umno.

Comments are closed.