Waris kanak-kanak yang ditemui berseorangan terbaring di sebuah loji Taman Juara Jaya dikehendaki tampil ke hadapan membantu polis.

KAJANG – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mencari waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui berseorangan terbaring di kawasan loji pembetungan HLT 170 di Taman Juara Jaya, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan kanak-kanak berusi lingkungan dua hingga tiga tahun itu.

“Polis dapat maklumat kanak-kanak itu ditemui sekitar pukul 9.40 pagi semalam.

“Ketika pasukan bergegas ke sana mendapati kanak-kanak itu berpakaian bajut kemeja T berwarna merah dan seluar putih dan berkaki ayam tanpa selipar di kakinya,’ kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, hasil pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui daripada kanak-kanak malang itu.

“Kini mangsa dihantar ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Bahagian Kecemasan untuk rawatan susulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu dan mengenali ibu bapa atau keluarganya diminta memberi kerjasama tamil menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Fareez Norzah di talian 013-2773407 atau mana-mana balai polis berdekatan perumahan masing-masing,” tegasnya.- MalaysiaGazette