KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing naik 5 sen kepada RM1.98 dan RM1.68 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel juga meningkat sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.67 seliter kepada RM1.71 seliter.

Harga itu bagi tempoh 26 September hingga 2 Oktober 2020.

”Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu.