Idris Jusoh

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menafikan beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menyokong pembentukan kerajaan baharu di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang tular hari ini.

Idris berkata, beliau tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Presiden PKR itu.

“Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen BN yang menyokong Datuk Seri Anwar. Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Datuk Seri Anwar,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Nama Idris merupakan antara 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini, yang mendakwa mereka menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast