Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di hadapan sebuah sekolah di Banting, Selangor hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, dua lelaki menaiki kenderaan jenis BMW cedera ditembak dua suspek bermotosikal.

“Tiga pelajar sekolah turut tercedera dalam insiden tersebut selain beberapa kenderaan rosak akibat dirempuh kenderaan mangsa ketika cuba melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil lagi, pihaknya kini sedang mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan motif ia berlaku dipercayai akibat pergaduhan anata dua kumpulan.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Telok Datuk, Banting mengalami kecederaan akibat terkena peluru sesat yang didakwa dilepaskan oleh anggota kumpulan gangster.

Perkara itu dimaklumkan pengguna Facebook, Siti Kamsari menerusi hantaran di laman sosial itu, hari ini.

Menurut Siti, kejadian berlaku sebentar tadi di hadapan sekolah berkenaan.

Ujarnya, gambar serta maklumat ringkas tentang kejadian dikongsi oleh adiknya yang merupakan salah seorang guru di sekolah berkenaan. – MalaysiaGazette

Pelajar perempuan cedera terkena peluru sesat

1 Komen

Comments are closed.