Pelajar perempuan yang terkena tembakan peluru sesat diriba seorang wanita dihadapan sekolahnya di Sekolah Menengah Telok Datuk, Banting

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Telok Datuk, Banting mengalami kecederaan akibat terkena peluru sesat yang didakwa dilepaskan oleh anggota kumpulan gangster.

Perkara itu dimaklumkan pengguna Facebook, Siti Kamsari menerusi hantaran di laman sosial itu, hari ini.

Menurut Siti, kejadian berlaku sebentar tadi di hadapan sekolah berkenaan.

Bagaimanapun maklumat lanjut berhubung kejadian masih belum diperolehi setakat ini.

Siti turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan situasi di hadapan sekolah berkenaan berserta gambar pelajar perempuan terbabit yang terbaring sambil diriba seorang wanita.

Ujarnya, gambar serta maklumat ringkas tentang kejadian dikongsi oleh adiknya yang merupakan salah seorang guru di sekolah berkenaan.

MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian dengan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. CAMMON POLIS SELANGOR….!!!!! BERTINDAK SEGERA. RAKYAT DAH TAK SELAMAT!!!
    PELURU SESAT!!!..
    GANGSTER…!!!!

Comments are closed.